Friday, November 16, 2012

Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D)?


Assalamualaikum adik-adik sayang..
Hari ini cikgu nak berkongsi mengenai bentuk dua dimensi..

Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D) ?


Definisi
  • Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar.
  • Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar.



Ciri-ciri
  • Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang.
  • Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata.
  • Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur.
  • Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat  iaitu sisi melengkung.
Contoh-contoh Bentuk Dua Dimensi(2D)

Antara bentuk dua dimensi yang terdapat di sekeliling kita ialah:






 

Ha..mcm mana??
Dah kenal semuanya?

ZON AKTIVITI :

JOM MAIN TEKA-TEKI!!
TEKA, SIAPA SAYA?

   Soalan 1:
  Permukaan saya rata.
  Saya ada satu lengkung.
   Saya tiada bucu.

   Siapa saya?

  Jawapan:


Soalan 2:
   Permukaan saya rata.
   Saya ada 3 garis lurus.
   Saya ada 3 bucu.
   Siapa saya?

   Jawapan:




Soalan 3:
  Permukaan saya rata
 Saya ada 4 sisi yang lurus.
 Saya ada 4 bucu.
Semua sisi saya sama panjang.
Siapa saya?

Jawapan:
 
 

Soalan 4:
 Permukaan saya rata.
Saya ada 4 sisi yang lurus.
Saya ada 4 bucu.
Saya ada 2 sisi pendek dan 2 sisi panjang.
Siapa saya?
Jawapan:
 





Jom ulangkaji…
Adik-adik, bagi tahun 1 kita hanya berkenalan dengan empat bentuk 2 Dimensi yang asas. Ingat lagi tak? Jom tengok sama-sama.
 






 

0 comments: